Visi & Misi

Visi

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang


Misi

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Piagam Pelanggan


Kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan bimbingan dan  kaunseling yang profesional bagi meningkatkan taraf psikologi klien melalui program pengembangan, pencegahan dan pemulihan.
  1. Setiap klien akan diberi perkhidmatan bimbingan dan  kaunseling yang sewajarnya secara profesional di unit ini.
  2. Setiap klien akan diberi perkhidmatan sesi bimbingan, sesi kaunseling dan sesi konsultasi mengikut masa yang bersesuaian.
  3. Setiap klien akan diberi penerangan yang jelas mengenai perkhidmatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang ada.  
  4. Setiap klien akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa,    bersopan  santun, jujur dan ikhlas.
  5. Setiap klien akan diberi jaminan bahawa kerahsiaan dirinya akan terpelihara semasa menerima perkhidmatan, segala maklumat mengenai konflik atau masalah dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada akta 580 dan undang-undang.
  6.  Setiap klien yang memerlukan perkhidmatan khusus akan  dirujuk kepada pihak pakar yang   sewajarnya.
  7.  Setiap klien diterima tanpa syarat oleh GBK.
  8.  Setiap klien berhak mendapat maklumat yang tepat dan terkini tanpa prejudis
  9.  Berusaha menepati setiap temujanji yang telah ditetapkan    bersama klien
  10.  Membangunkan potensi individu sebagai modal insan yang mampu menyumbang kepada agama,         masyarakat dan Negara.







No comments:

Post a Comment