Tuesday 9 October 2012

Selamat Bertugas Kepada Pengetua Baharu Encik Panir Selvam

10 Oktober, Rabu

Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin mengucapkan selamat bertugas kepada pengetua baharu iaitu Encik Panir Selvam A/L Karambunan. Semoga kita dapat bersama-sama meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan akademik anak-anak didik SMK Taman Austin.


Monday 8 October 2012

Persediaan Menghadapi Peperiksaan


9 Oktober 2012, Selasa

Menjelang musim peperiksaan ini pasti adik-adik inginkan petua menghadapi peperiksaan yang bakal diduduki. Justeru itu, saya telah menyediakan sebuah video untuk adik-adik dapatkan maklumat yang boleh diaplikasikan bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.


Kursus Pembinaan Blog

9 Oktober 2012

Bertempat di SMK Permas Jaya 2, telah berlangsung Kursus Pembinaan Blog khusus bagi guru-guru bimbingan dan kaunseling Daerah Pasir Gudang. 

Kursus yang dilaklasanakan bertujuan untuk merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah seluruh Malaysia.

Diharapkan melalui pembinaan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Mount Austin, kami dapat berkongsi pelbagai maklumat menarik khas untuk anak-anak didik SMK Taman Mount Austin.